Friday, 27 July 2012
Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan :DD
Assalamualaikum semua muslimin dan muslimat , salam 1 malaysia to non-muslim . Hari ni aku nak story pasal bulan Ramadhan . Actually dah lama aku nak update , cuma tak ada masa je . Maklumlah calon straight A`s SPM . HAHA , just kiding . Minggu lepas je , seminggu aku kena duduk kat SMSBD . Lepas tu balik asrama lagi . Susah nak dapat online .
Okey , bulan puasa ni banyak benda baru yang aku dapat . Aku dapat semangat baru , kawan baru , pengalaman baru dan yang paling penting kesedaran yang baru . Setiap tahun mesti ada perubahan kan . Yang rajin puasa tu akan sentiasa rajin . Yang tak ada kesedaran tu , kita doakan lah sama-sama . Yang tak bangun sahur tu , dah biasa dah . Aku pun bukan baik sangat .
Bulan puasa ni , banyak kan lah mengaji . Sucikan hati kita .
Solat sunat pun rajin-rajin lah . Kalau tak boleh buat siang , buat malam . Tapi ingat , solat fardhu jangan tinggal . Kalau tidak , sia-sia je kita puasa :D
Ada sesetengah orang tu , dia tak sabar nak habis puasa sebab nak raya . Tak salah pun . Tapi bagi aku , makin nak raya , makin sedih pula . Aku suka bulan puasa , sebab banyak yang Allah S.W.T bagi kat kita cuma kat bulan ni je . Di bulan puasa ni , kita buat amalan sedikit je , pahala yang kita dapat ? Berkali-kali ganda tau . Memang lah letih , tapi kita tak boleh biarkan keletihan tu mengawal kita . Para sahabat dahulu , berperang pada bulan puasa . Allah kurniakan mereka kemenangan . Bulan puasa ni , ada tiga fasa . Fasa pertama , Allah kurniakan rahmat . Yang kedua , Allah kurniakan keampunan . Yang ketiga aku dah lupa pula . Tapi pada fasa ketiga ni lah kita kena paling banyak beribadat . 10 malam terakhir kan terdapat malam Lailatul Qadar . Malam yang lebih baik dari seribu bulan . Contoh , sekali kita solat sunat , pahalanya macam 1000 bulan kita buat solat sunat . Subahanallah . Tapi berdasarkan kajian aku , makin nak habis puasa , makin kurang orang yang datang ke masjid untuk solat Terawih . Kemudian ramai balik masa sembahyang Raya . Sepatutnya makin nak habis puasa , makin rajin lah ke masjid . Mana lah tahu Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir kita . Ikhlaskan diri kita kerana Allah S.W.T dan untuk mendapatkan keredaanNYA , insyallah kita tak akan penat , letih , malas atau bosan untuk melakukan Ibadat . Yang nak exam pun sama , rajin-rajin lah study dan banyak kan berdoa . Insyaallah , diakbulkan doa anda di bulan Ramadhan ni . Puasa kali ni , aku nak puasa penuh , solat terawih setiap hari dan study selalu . Okey , itu je aku nak cerita , bye :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment