Assalamualaikum . Dah seminggu aku tak update blog , maklum lah duduk asrama . Kira okey lah sebab bulan puasa ni balik seminggu sekali . Kalau tidak , pisang pisang . Hari ni aku nak berkongsi sikit dengan you all tentang tips nak mengelakkan dari mengantuk . Tak kisah lah mengantuk dalam kelas ke , dewan ke atau kat perhimpunan . Pelik lah tu , haha pape pun korang baca jelah even tak faham .. Tips ni aku ambil dari pape Berita Harian tahun 1995 .
- Basuh muka . Ini perkara asas biasa dilakukan pelajar . Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka . Kalau tak hilang juga , bawak pencuci muka pergi sekolah dan cuci muka bila ngantuk .
- Tidur awal. Masalah mengatuk kerap dikaitkan dengan tidur lewat. Berjaga sehingga lewat malam memang menyebabkan mengantuk pada siang hari. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya . Tapi kalau ada cerita best tu , layan jelah .
- Buat senaman ringan. Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Buat dalam 5-10 minit sahaja. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk . Kalau segan nak buat , pergi tandas , then buat lompat bintang 50x .
- Tanya soalan . Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Biasanya, jika bercakap akan hilang perasaan mengantuk . Kalau faez , faez kacau kawan kat sebelah .
- Minum air masak. Air memberi tenaga kepada badan yang letih . Minum air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan . Air masak tu banyak kebaikannya . Cari lah sendiri kebaikannya kat internet . Haha .
- Menjaga makanan . Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas. Makan secara seimbang dan sederhana . Lagi lagi bulan puasa ni , kurangkan sikit makan masa berbuka tu .
- Duduk dengan betul dan jangan meletak kepala di atas meja . Tunjuk lah baik sikit depan cikgu tu , haha .
Itu je yang dapat aku ceritakannya pun . Okey , thanks for reading :)
No comments:
Post a Comment