Hallo awak awak dan awak , ye awak lah . Tak kan tengok je kut . singgah dan follow lah sekali . Kalau artis tu , laju je korang tekan follow dan like kan *aku perli ni . Haha , hope you all enjoy reading my blog :DD

Monday, 6 August 2012

Kan bahaya tu :D

Hye guys , rindu lah kat keyboard ni .Kat korang belum lagi , sebab tak kenal sangat . Haha . Bulan puasa ni letih kan , tapi seronok lah . Hari ni faez nak cerita sikit pasal artikel kat pape semalam , pasal "lelaki terjun dari peswat air asia" . Rupanya ada sebab dia terjun . Ingat kan gila . Korang baca jelah, ini artikel copy ni . Haha .



Lelaki yang nekad terjun dari pesawat Airbus milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sewaktu ia mula memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam kelmarin , bertindak demikian kerana mendakwa ternampak hantu . Lelaki yang dikenali sebagai Chong itu dikatakan melihat lembaga hitam yang menyeramkan duduk di salah sebuah kerusi penumpang menyebabkannya ketakutan dan tidak dapat berfikir secara waras . Ketika ditemui di Hospital Miri , Chong berkata , oleh sebab dia meminta kebenaran untuk turun berkali kali namun pramugari bertugas tidak mengendahkan permintaannya dengan alasan pesawat telahpun bergerak . "Saya bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan , jadi saya bangun dan terus membuka pintu kecemasan . Walaupun pesawat itu bergerak , saya tiada pilihan lain kecuali nekad terjun ke atas landasan ,"katanya .

*Itu jelah yang dapat faez baca . Tak tahu lah lembaga hitam apa yang dia nampak tu . Cina , tapi nampak lembaga hitam . Kgurau saja . Haha . Lagi pun kan ni bulan puasa , mungkin yang dia nampak tu jin lah kut . Seram pulak faez nak naik kapal terbang lepas ni.

1 comment:

  1. uihh , seramnyaa, lembaga apa agaknya yg dia nmpak tu yer ?? >.<

    ReplyDelete

salji